• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Ansel Elgort Muat Naik Gambar Bogel Atas Alasan Kemanusiaan

Nama pelakon Ansel Elgort telah menjadi bualan dalam kalangan peminat di media sosial gara-gara memuat naik gambar bogelnya di Instagram.

Bukan semata-mata mahu menunjukkan keseksian, tetapi gambar tersebut dimuat naik atas alasan kemanusiaan. Menurut portal People, pelakon itu berbuat demikian kerana mahu orang ramai menghulurkan sumbangan menerusi laman web GoFundMe dalam kolum ‘Brooklyn For Life!’.

Menerusi gambar berkenaan, Ansel memaparkan keseluruhan tubuhnya tanpa seurat benang di dalam bilik mandi, namun tetap menutup alat kemaluannya dengan tapak tangan.

Bagaimanapun, gambar berkenaan sudah dipadam oleh pihak Instagram. Namun begitu, Ansel akan memuat naik gambar-gambar berkenaan menerusi langganan OnlyFans dan hasil daripada penjualan gambar itu akan didermakan untuk mengatasi wabak Covid-19.

Ternyata sumbangan menerusi Brooklyn For Life ini digunakan untuk menghulurkan sejumlah 2,500 pek makanan setiap hari kepada para pekerja kesihatan yang kini sedang berjuang.

Ketika ini, dana yang sudah terkumpul daripada laman web tersebut sudah mencecah USD210,000 (RM900,000) dan ia mula dihasilkan sejak 25 Mac lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend