Cerita ArtisHiburan

Anugerah OhBulan! Paling Viral Online Jadi Milik Anna Jobling, Berjaya Bawa Pulang Dua Trofi

Pelakon popular, Anna Jobling berada di kelas tersendiri apabila merangkul Anugerah Utama OhBulan! Paling Viral Online acara kemuncak OhBulan! Paling Viral Online yang berlangsung pada malam tadi.

Acara yang kali pertama dianjurkan itu, Anna membawa pulang dua trofi, di mana sebuah lagi adalah menerusi kategori Selebriti Paling Viral.

Ternyata kejayaan diraih itu menjadi bukti kepada sokongan yang diterima pelakon filem Duyong, selain kekuatan kira-kira 30,000 pengikutnya di laman sosial Instagram Anna Jobling Official Fan Club.

Selain Anna, beberapa selebriti lain turut membawa pulang anugerah menerusi kategori yang dipertandingkan.

Antaranya, Ushawan Paling Viral yang dimenangi oleh Ojen, manakala Digital Content Creator Paling Viral menjadi milik Ryan Bakery.

Selain itu, Keluarga Itu menang menerusi Drama Paling Viral, Lagu Paling Hot adalah Siti Nordiana & Tomok dan Kelab Peminat Paling Viral menjadi milik Siti Nordiana FC.

Malam OhBulan! Paling Viral Online dihoskan oleh Fizi Ali dan disiarkan secara langsung menerusi saluran TikTok serta YouTube OhBulan!, membolehkan peminat di seluruh negara menyaksikan detik bersejarah itu.

OhBulan! Paling Viral Online mendapat sokongan daripada F&N Seasons, jenama minuman terkenal yang tampil sebagai penaja rasmi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button