
“Apa Salah Saya Jual Nasi Arab?” – Mila Jirin Nafi Tuduhan Sudah Lama Tidak Menyanyi Kerana Tak Laku
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin membidas seorang netizen yang mempertikaikan perniagaan nasi arab yang sedang diusahakannya.
Jelas Mila, perniagaan yang sedang dilakukan ini adalah sebagai ikthiar untuk memastikan dia masih mampu mambayar gaji kepada pekerjanya.
“Tengah reply DM… Terselit 1 DM ni 😔. Kenapa ada juga manuais yang suka berkata-kata tidak baik pada sesama manusia???
“Apa salah saya jual Nasi Arab??? Saya ikhlas berniaga kerana Allah.. Ini ikhtiar yang kami lakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan para pekerja kami kakel punya pekerjaan dan gaji,” tulisnya.
Sebelum ini, umum sudah mengetahui Mila mengusahakan perniagaan katering, terutama sekali untuk majlis perkahwinan.
Bagaimanapun, perniagaan tersebut agak terjejas lantaran pandemik Covid-19 yang melanda dunia sehingga majlis-majlis besar tidak dapat diadakan.

Ujar penyanyi itu lagi, dia juga mengakui yang dirinya sudah lama tidak menyanyi, namun menafikan bukan kerana dirinya sudah tidak laku dałam bidang berkenaan.
“Saya memang dah lama tak menyanyi… Bukan sebab tak laku tapi sebab Allah tak izinkan.
“Fahami konsep ‘sesuatu berlaku atas keizinan Allah’ bukan atas kita manusia… Hatta awak sendiri pun tak ada kuasa nak tentukan apa jua rezeki awak hari ini,” ujarnya.
Menurutnya, dia bersyukur meskipun tak laku dalam dunia seni kerana dirinya yakin perancangan Allah maha hebat dan ada sebab musabab ia berlaku.
“Hampir setahun Allah uji kami insan insan yang berniaga… tapi kami tak akan pernag putus harap…Sebab kami yakin perancangan Allah maha hebat,” ujarnya. – KopiPlanet.com