AntarabangsaHollywood

Ariana Madix Dedahkan Dirinya Kini Sudah Bebas Penyakit Kanser

Ariana Madix telah menjelaskan tentang dirinya kini sudah bebas daripada penyakit kanser yang dialaminya melalui Instagram.

Ketika mengimbas semula kenangan yang penuh onak dan duri sepanjang tahun 2018, Madix memberitahu dia sememangnya tidak menyangka yang tahun berkenaan adalah detik-detik yang sangat mencabar dirinya untuk ditempuhi.

Antara kesulitan yang terpaksa dilalui apabila ia disahkan mendapat kanser di dalam badan. Melalui posting videonya, Matrix menunjukkan leher dan ketiaknya yang berbalut dengan kain.

“Saya tidak dibenarkan mandi kerana akan menyebabkan kulit saya jadi kasar. Malah, Saya juga menonton rancangan yang menakutkan untuk mencabar diri saya”, katanya menerusi video di Instagram miliknya.

Sementara itu, dia juga menyatakan tidak dapat melupakan pengalaman manis ketika melawat ke Cuba dan Jepun serta memulakan perniagaan.

Madix antara bintang realiti TV ‘Vanderpump Rules’ berharap tahun baru ini akan memberi kehidupan yang lebih bermakna dan sentiasa gembira walau apa jua keadaan.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button