AntarabangsaBollywood

Arjun Rampal Disoal Siasat Selama Tujuh Jam Berkaitan Kes Dadah

Aktor Arjun Rampal baru-baru ini telah disoal siasat oleh pihak narkotik di Mumbai berhubung penyalahgunaan dadah dalam industri perfileman Bollywood.

Soal siasat yang dilakukan terhadap pelakon itu berlangsung selama tujuh jam. Sebelum ini, kekasihnya iaitu Gabriella Demetriades juga turut ditahan pada Rabu lalu.

“Saya tidak terlibat dalam sebarang penggunaan bahan terlarang. Saya memiliki ubat yang ditemui di rumah saya dan ia sudah diserahkan kepada pihak berkuasa,” ulasya mengenai perkara tersebut.

Arjun juga menyatakan dia sedia memberikan kerjasama dalam siasatan kes berkenaan.

Pada 9 November lalu, pihak berkuasa telah menggeledah rumah aktor tersebut dan menyita beberapa barang seperti komputer riba dan telefon bimbit. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button