Cerita ArtisHiburan

Aufauhanie Curi Perhatian Peminat, Jadi Pilihan Ajai Rakam Semula Lagu Saat Hilang Cintamu

Baru-baru ini penyanyi muda Aufahanie mencuri perhatian apabila berkongsi sebuah muzik video yang memperlihatkan nyanyian semula lagu ‘Saat Hilang Cintamu’.

Ia merupakan lagu asal daripada Allayharham Siti Sarah Raissuddin dan dirakamkan semula sempena genap dua tahun pemergian arwah.

Apa yang menarik perhatian, nyanyian bintang Big Stage 5 itu diiringi persembahan keyboard oleh komposer terkenal, Ajai yang juga pencipta lagu tersebut yang diterbitkan pada tahun 2003.

Menerusi perkongsian di laman instagram peribadi Aufahanie, penyanyi itu turut berkongsi potongan video dan menulis bahawa dia turut bersedih ketika menjalani rakaman di studio.

“Sesi studio bersama Abang Ajai yang sangat baik dan saya menitiskan air mata juga”- tulisnya ringkas.

Walaupun hanya berjaya menduduki tempat ke-5 dalam rancangan berkenaan, namun bakat gadis berusia 20 tahun ini dilihat lebih menonjol. Malah Aufahanie mampu menyanyi semula lagu ‘Saat Hilang Cintamu’ dengan baik sekali.

Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat memuji kelunakan suara Aufahanie yang begitu merdu dan bersahaja. 

Malah ada yang berterima kasih kepada Ajai kerana memberi peluang kepada Aufahanie menyanyikan semula lagu ini.

Sekadar info, Aufahanie pernah popular dengan single berjudul Geming Jiwa, ciptaan sepenuhnya penyanyi, Amylea Azizan. 

Malah, lagu itu juga dijadikan runut bunyi untuk drama Dendam Seorang Isteri yang sedang ditayangkan Astro Prima. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button