
Filem romantik komedi, AUTUMN IN WALES yang kini sedang ditayangkan di platform Astro First, saluran 480, turut bakal temui penonton di panggung wayang terpilih Malaysia bermula 31 Mac sehingga 2 April.
Ini memberi peluang buat peminat dan penggemar filem romantik komedi untuk menikmati audio, gambar dan pengalaman berbeza yang hanya boleh dinikmati di panggung wayang.
Penerbit Filem Autumn In Wales, Datuk Normashayu Puteh berkata, pihaknya amat bersyukur di atas sambutan baik filem Autumn In Wales yang kini sedang ditayangkan di Astro First.
“Rentetan daripada respon positif tersebut dan permintaan peminat, filem ini turut diperluaskan dengan menembusi platform layar perak. Mungkin buat mereka yang tidak berpeluang untuk menikmati filem ini di Astro First, ini adalah peluang buat mereka untuk menyaksikan di pawagam.
“Buat sekarang ini filem Autumn In Wales akan ditayangkan di panggung wayang dalam tempoh terhad, namun jika sambutan memberangsangkan, kami akan berbincang dengan pihak pawagam untuk melanjutkan sesi tayangan.
Kami berharap dengan kehadiran filem ini di Astro First dan juga di panggung wayang terpilih, ia dapat memberi pilihan kepada penonton, di samping merancakkan kehadiran filem tempatan di pawagam,” jelasnya.
Filem Autumn In Wales akan temui penonton di pawagam terpilih Malaysia iaitu di TGV KLCC, Kuala Lumpur bermula 31 Mac 2022 sehingga 2 April 2022.
Autumn In Wales menjalani sesi penggambaran di Wales, United Kingdom dan merupakan terbitan oleh produksi yang menerbitkan filem ‘Ada Apa Dengan Dosa’, iaitu Pencil Pictures And Record. Manakala, ia membariskan selebriti popular tanah air seperti Eyka Farhana, Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Aznan, Sissy Iman, Fara Mendoza, Wanns Ahmad dan Amirul Haswendy dalam menjayakan watak-watak yang digarap oleh penulis Amirul Haswendy.
Autumn In Wales mengisahkan tentang Aira seorang gadis manja yang menanti detik bahagia bersama tunangnya, Darwish. Menjelang hari perkahwinan mereka, Aira telah pergi ke Wales untuk membuat kejutan buat Darwish. Ketika di Wales, satu insiden berlaku pada Aira dan Jaka a.k.a Jejaka Kacak berasal daripada pantai timur ingin memulakan hidup baru di Wales selepas berpisah dengan kekasih yang rupanya dua alam.
Saksikan filem AUTUMN IN WALES di panggung wayang TGV, KLCC, Kuala Lumpur dalam waktu terhad. Dalam pada itu, buat mereka yang ingin menikmati filem romantik komedi ini di rumah, sila langgan di Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. – KopiPlanet.com