Pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Perkara tersebut diumumkan pasangan berkenaan menerusi siaran di saluran YouTube Channel Wuvvshow pagi ini.
“Kepada kawan-kawan, family dan juga peminat, minta doakan yang terbaik untuk kita berdua,” ujar Ayda.
Lebih menarik, dalam video yang ditayangkan itu juga, terdapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan kepada pasangan tersebut.
Selain mengumumkan tarikh pernikahan mereka, video BilAydaJatuhCinta yang dimuat naik di saluran YouTube itu juga turut mendedahkan tentang perkenalan mereka. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat




