Ayda Jebat Umum Kini Sudah Menjadi Tunang Nabil Mahir
Pelakon popular Ayda Jebat mengumumkan dia kini sudah menjadi tunang kepada pengacara popular Nabil Mahir pada hari ini.
Menerusi perkongsiannya di laman sosial Instagram miliknya, pertunangan mereka berdua disahkan pada hari kelahiran pengacara berkenaan yang jatuh pada 28 April.
“Proposal on my birthday, engagement on your birthday. I know we can make it until the end of our days. Officially, My Fiancé.
“Kumbang sudah merisik bunga, direstui oleh ahli keluarga, lamaran diterima pertunangan pun juga, Walaupun online tetap mesra dan bahagia,” ujarnya.
Pasangan tersebut telah mengaku menjalinkan hubungan cinta pada tahun lalu dan Nabil telah bertindak melamar Ayda ketika ulang tahun kelahirannya baru-bari ini. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat