Cerita ArtisHiburan

Azharina Wakili Anak Seni Di 1st ASEAN Women’s Conference, Angkat Suara Wanita Di Pentas Serantau

Penyanyi terkenal tanah air dan juga pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).

Persidangan berprestij ini dianjurkan oleh IKSnita dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah.

Azharina merupakan satu-satunya wakil anak seni dalam kalangan panelis jemputan, dan dijemput khas untuk berkongsi pengalaman serta sumbangannya dalam bidang kemanusiaan dan kebudayaan, selaras dengan tema perbincangan bertajuk Women in Humanity and Culture.”

Turut bersama Azharina di pentas forum ialah Ms Jumriati Abdullah dari Kelab PERWIRA Malaysia serta Puan Sri Datin Prof. Dr. Liana Lim, tokoh budaya dari keluarga Diraja Budaya Nusantara dan Kemanusiaan.

Sepanjang lebih dua dekad bergiat dalam dunia seni, Azharina tidak hanya menabur bakti dalam muzik, tetapi juga aktif dalam kerja kebajikan dan aktivisme wanita.

Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi mengenai peranannya sebagai Presiden Kelab Artis 1 Malaysia Sabah (KA1MS) serta pelbagai inisiatif kebajikan yang pernah diketuainya.

Antara inisiatif tersebut termasuklah Konsert Amal Maya Azharina & Friends pada tahun 2021, yang bertujuan membantu mangsa banjir di Sabah.

Konsert tersebut bukan hanya berjaya mengumpul dana, malah membuka mata masyarakat mengenai keperluan mendesak mereka yang terkesan.

“Saya terlibat secara langsung dalam pengagihan bantuan makanan asas seperti beras kepada ibu tunggal dan anak-anak di kawasan Puchong. Bantuan ini memberi kesan langsung kepada keluarga yang memerlukan dan sering terpinggir dalam masyarakat,” jelas Azharina.

Beliau turut berkongsi bagaimana beliau menggunakan muzik sebagai medium memperkasakan wanita, antaranya melalui lagu-lagu seperti “Hey Lelaki”, “Realiti”, dan “Cinta Kita Selamanya” yang membawa mesej kekuatan dan ketabahan wanita.

Selain itu, Azharina turut menyentuh kejayaan peribadinya termasuk pencapaian dalam pertandingan nyanyian, penerbitan dokumentari, serta pengiktirafan sebagai Tourism Icon of The Year (Celebrity) dalam Malaysia Tourism Council (MTC) Gold Awards 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana dipilih untuk menjadi panelis di persidangan ini. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga, apabila dapat berkongsi pentas dengan wanita-wanita luar biasa dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei. Mereka hadir dengan aura positif yang luar biasa dan banyak memberi inspirasi kepada saya,” ujar Azharina.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur:

“Saya berterima kasih kepada IKSnita terutamanya YBhg. Datuk Dayang Khatijah Datu Haji Bachtiyalselaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan juga pihak UiTM Sabah atas jemputan ini. Saya harap persidangan seperti ini akan diteruskan di masa akan datang kerana ia membuka ruang kepada lebih ramai wanita untuk menyuarakan pendapat, berkongsi inspirasi, dan membina jaringan sokongan yang kukuh di peringkat serantau.”

Persidangan ini turut dihadiri oleh tetamu kenamaan seperti Yang Berhormat Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia; Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag serta Associate Professor Dr. Rozita @ Uji Mohammed.

Acara berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang ini merangkumi pelbagai sesi pembentangan, forum panel dan jaringan kerjasama antara peserta dari seluruh negara ASEAN. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button