Gosip PanasHiburan

Babak Cium Fattah Amin, Janna Nick?

Sedang Cik Kopi membelek-belek laman sosial sempena cuti umum hari ni, tiba-tiba terscroll satu FB yang memaparkan sekeping gambar Fattah Amin dan Janna Nick dalam babak untuk drama Coffee Prince.

Umum sudah sedia maklum bahawa kedua-dua pelakon berkenaan membawakan watak utama dalam drama berkenaan.

Namun yang menjadi pertikaian ramai apabila gambar tersebut memaparkan seolah-olah Fattah dan Janna seolah-olah seperti berciuman sehingga menjadi perbualan netizen.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang berkongsi gambar yang memaparkan Fattah dan Janna tidak berciuman, malah tiada langsung babak bersentuhan  pipi atau mulut.

Salah satu babak yang menggunakan cara camera trick yang memaparkan seolah-olah Fattah dan Janna sedang berciuman.

Ternyata, ia lebih dilihat kepada camera trick yang memaparkan seolah-olah kedua-duanya seperti berciuman.

Cuma, Cik Kopi lihat ramai juga netizen yang mempertikaikan babak tersebut dan menganggap ia tidak sesuai untuk dipaparkan.

Cik Kopi: Rasa-rasanya mampukah drama Coffee Prince ni jadi fenomena nanti? Sama-samalah kita tunggu…

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button