Cerita ArtisHiburan

Baju Raya Nora Danish Dikritik Tidak Sesuai Untuk Perayaan Aidilfitri

Walaupun sudah ramai kembali ke pejabat namun kemeriahan Syawal masih lagi terima memandangkan budaya di Malaysia yang mana kita meraikan Hari Raya Aidilfitri selama sebulan.

Tak terlepas menjadi perhatian ialah gaya-gaya busana raya yang peragakan oleh selebriti-selebriti tempatan yang pastinya glamor dan bercitarasa mewah.

Nora Danish merupakan salah seorang daripada public figure yang pastinya ditunggu-tunggu OOTD (outfit of the day) -nya pada setiap kali menjelang lebaran.

Membuat kelainan, Nora cuba lari daripada kebiasaan memakai baju kurung atau kebaya sebaliknya dia memakai gaun organza jarang berona biru lembut sedondon dengan suaminya, Nedri Nazri Aziz dan tiga anaknya, Rayqal, Nedrin dan Neyqal.

Namun kelainan yang dibawakan Nora itu tidak mendapat ‘persetujuan’ daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan pakaiannya itu tidak bersesuaian dengan sambutan Hari Raya.

Malah ada netizen secara sinis mengatakan yang bajunya itu juga seakan-akan tidak sesuai perayaan Krismas, Tahun Baru Cina dan Deepavali kerana kelihatan seksi.

Nora bagaimanapun dilihat mengambil pendekatan enggan membalas komen-komen ‘nakal’ yang sengaja ditinggalkan menerusi ruang komen gambarnya itu. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Nora Danish

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button