
Cerita ArtisHiburan
Bakal Hasilkan Album, Suhaimi Saad Tubuhkan Kumpulan Nasyid Bismillah Bersama Isteri & Anak-Anak
Bekas anggota kumpulan In Team, Suhaimi Saad menyatakan dia menubuhkan sebuah kumpulan nasyid baharu.
Apa yang menariknya, kumpulan nasyid berkenaan dianggotai oleh isteri serta anak-anaknya.
“Bismillah. Kami sedang menyiapkan sebuah album gandingan suara Suhaimi Saad, Ina Naim dan anak anak.
“Album kumpulan Bismillah ini akan diterbitkan pada awal Ramadhan depan. Insya Allah,” kongsinya di Instagram miliknya.
Menurut Suhaimi, dalam album berkenaan mengandungi 10 buah lagu termasuk sebuah zikir dan berharga RM30.
Suhaimi dan Ina Naim mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
1
+1
1
+1
1





