FilemTerkini

Balas Balik Tampilkan Kelainan, Sarat Elemen Suspen & Dramatik Menerusi Kisah Penyiasatan

Naskhah yang bercorak penyiasatan boleh dikatakan agak kurang dihasilkan oleh para pembikin dalam industri filem tempatan.

Ternyata ia telah memberi cetusan idea untuk syarikat penerbitan Shaibha Vision Entertainment Sdn. Bhd. untuk menghasilkan filem berjudul Balas Balik.

Diarahkan oleh Pengarah Feroz Kader, filem berkenaan tampilkan dengan cerita tersendiri bagi memenuhi citarasa penggemar filem berkaitan penyiasatan.

Feroz berkata, filem terbaharu arahannya itu memfokuskan jalan cerita dan mempertaruhkan nilai suspen dan dramatik, malah dia mengambil tempoh tiga bulan untuk berbincang dan menyiapkan skrip filem ini kerana penerbit mahukan kelainan.

“Untuk filem ini, pelbagai unsur digabungkan untuk menjadikan ia sebuah naskhah yang menarik, tetapi masih ada elemen komersial dan mesej yang mahu disampaikan kepada penonton.

“Saya juga akui bahawa penonton boleh hubung kait konsep cerita sebegini dengan filem penyiasatan Hollywood,” katanya yang pernah mengarahkan filem Seratus pada 2022.

Filem Balas Balik menampilkan barisan pelakon popular seperti Shukri Yahaya ini turut dibintangi Tony Eusoff, Marisa Yasmin, Zarul Umbrella, Adam Lee, Meor Mohd, Razman Mahayudin, Josiah Lim dan Maisara Sufia.

Pada masa sama, pengarah itu berkata dia perlu memastikan setiap babak dalam karya itu ada motif supaya penonton kekal dalam momentum sehingga bertemu jawapan di penghujung cerita.

“Nak kekalkan rasa ingin tahu penonton sepanjang cerita dan babak itu sangat penting. Filem ini terletak kepada nilai suspen yang akan menarik perhatian penonton hinggalah selesai.

“Cerita ini tidak hanya fokus kepada watak utama Detektif Zul (lakonan Shukri) tetapi ada banyak watak lain yang turut diberi penekanan, semua ada motif dan watak mereka harus dikeluarkan,” katanya yang lebih dikenali sebagai pengarah drama.

Filem Balas Balik akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air sejak 29 Mei lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button