
Bandingkan Majlis Kahwin Di Perth & Malaysia Ketika Lockdown, Raja Ilya Dikecam Netizen
Pelakon Raja Ilya telah memuat naik dua keping gambar yang membandingkan majlis kahwin di Perth, Australia dan Malaysia ketika berlakunya lockdown.
Biarpun menyatakan ia adalah sekadar gambar hiasan, namun pelakon itu telah mendapat kecaman netizen kerana membuat perbandingan sedemikian.
“Mana ada Malaysia 🇲🇾 nyer majlis kawin time MCO mcm ni. Malaysia is not ur country ke ..
“Buruk baik MALAYSIA tetap negara kami .. janganlah nak menghina sgt rakyat Malaysia k (sorry my 1st time comment kat ur post),” ujar seorang netizen yang menggunakan nama @sabariahzakariah.
Selain itu, seorang lagi netizen yang menggunakan nama @startlight_blue menganggap pelakon itu seperti lupa daratan.
“Sorry sis… x der majlis kahwin mcm tu time mco ..maybe buat research dulu sis sebelum nk post apa.
“Parent saya pun kahwin campur juga tapi mereka x lupa daratan macam sis!!!,” tegasnya.
Dalam pada itu, pelakon berkenaan menerusi Insta Story miliknya menyatakan dia sekadar gurauan dan gambar-gambar yang dimuat naik itu hanya sekadar gambar hiasan dan bukan yang benar.
“Terkejut lak bila post semalam viral uollsss … mak ai, ada ke patut kata kita hina Malaysia? Buang tebiat ke apa ? Nak Mampus kene tembak masuk Malaysia ke apa ?!! Aduh pening baca samapi ada media lak kata kita banding kan wedding !!
“Ya Allah sampai ke situ pulak !! Ada ke manusia yang nk korek kubuq sendiri !! Aduh pening !! post tu kan obvious kata “gambar hiasan” itu Bukan pun gambar perth Atau gambar Malaysia baru. Itu gambar Mungkin tahun 90an. Gambar tu kan namanya kata Orang sini paranoid gler,yang kita ni still move on,” jelasnya. – KopiPlanet.com






