• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Banyak Elemen Kejutan Akan Diselitkan Dalam Friends Reunion

Salah seorang pelakon sitkom popular era 90-an, Friends iaitu David Schwimmer mendedahkan dia dan lima rakan pelakonnya sudah tidak sabar untuk memulakan penggambaran Friends Reunion yang sudah direncanakan sejak tahun lalu.

Mengikut perancangan awal, Friends Reunion sepatutnya dijadualkan menjalani penggambaran pada bulan hadapan namun ia terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19.

“Pelakon dan pihak produksi masih lagi memikirkan bila penggambaran akan dilakukan, namun yang pasti ia akan dijalankan selepas situasi pandemik ini beransur pulih dan selamat untuk semua orang kembali bekerja,” katanya.

Menerusi Friends, David, 53, memainkan watak sebagai Ross Geller. Sitkom itu turut dibintangi Jennifer Aniston, Courtney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc dan Matthew Perry.

David turut mendedahkan Friends Reunion akan dihasilkan tanpa sebarang skrip sebaliknya pelakon akan melontarkan dialog spontan.

“Friends Reunion tidak akan ada skrip dan banyak elemen kejutan yang akan kami berikan kepada anda. Nantikan!” katanya.

Friends yang mula ditayangkan pada 1994 bertahan sehingga 10 musim sebelum ia dihentikan siaran pada 2004.

Ia mengisahkan tentang enam sekawan yang mendiami kota New York menjalani kehidupan yang penuh warna-warni merangkumi persahabatan, cinta dan kerjaya masing-masing. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend