AntarabangsaHollywood

Baru Tiga Bulan, Channing Tatum Dan Jessie J Kembali Putus Cinta

Hubungan percintaan pelakon antara Channing Tatum dan penyanyi Jessie J menjadi salah satu yang perhubungan yang kerap menjadi perhatian ramai.

Sebelum ini, pasangan tersebut telah kembali semula menjalinkan hubungan cinta. Namun, menurut portal E! Online, kedua-duanya kini dikatakan sudah putus semula, meskipun baru tiga bulan kembali bercinta.

Ujar sumber terdekat pasangan itu, Channing dan Jessi dilihat tidak dapat lagi meneruskan hubungan mereka, biarpun masing-masing cuba untuk memperbaiki hubungan.

“Masalah yang sama kembali muncul, walaupun mereka saling mencintai dan menyayangi antara satu sama lain. Apakan daya, mereka tidak mampu menyelesaikan masalah yang timbul,” jelas sumber berkenaan.

Menurutnya lagi, biarpun hubungan mereka telah berakhir, Channing dan Jessie telah mengambil kata sepakat agar mereka lebih menjadi rakan sahaja.

Dalam pada itu, Channing juga dikatakan telah kembali aktif menggunakan aplikasi Dating App. Aplikasi tersebut sememangnya selalu digunakan beberapa selebriti Hollywood untuk mencari pasangan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button