AntarabangsaHollywood

Bekas Bintang Filem James Bond, David Hedison Meninggal Dunia

Bekas bintang filem James Bond, aktor David Hedison dilapor meninggal dunia pada usia 92 tahun di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Khamis lalu.

Berita kematiannya baharu sahaja dilaporkan ahli keluarga menerusi kenyataan media yang dikeluarkan semalam. Bagaimanapun, ahli keluarga mendiang tidak mendedahkan punca kematian aktor itu kepada umum.

Sebelum ini, David Cukup dikenali dengan wataknya bersama Roger Moore, David menyertai francais filem itu pada 1973 menerusi filem Live and Let Die.

“Walaupun semuanya kini berada dalam kesedihan, kami akan sentiasa kenang memori bersama mendiang bapa kami selama-lamanya.

“Dia sangat menyayangi kami semua dan akan meluahkan kasih sayangnya pada setiap hari hari. Dia dikagumi oleh semua disebabkan kebaikan hatinya,” kata dua anak perempuan mendiang iaitu Alexandra dan Serena dalam satu kenyataan media.

Pelakon veteran itu dikenali kerana sifat kelakarnya serta seorang yang sentiasa berfikiran positif. Isteri David, Bridget yang merupakan seorang penerbit meninggal dunia tiga tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button