• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Bekas Isteri Sambut Ulang Tahun Kelahiran Hrithik Roshan

Sussanne Khan, bekas isteri kepada pelakon Bollywood Hrithik Roshan, menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 pelakon tersebut bersama dua anak lelaki mereka, baru-baru ini.

Walaupun mereka telah berpisah, hubungan antara Hrithik dan Sussanne masih baik demi membesarkan anak-anak mereka bersama iaitu Hridhaan, 13, dan Hrehaan, 11 tahun.

Aktor itu turut berkongsikan 10 video percutian di Eropah bersama anak-anaknya yang dipaparkan di laman Instagram miliknya.

Mereka melakukan pelbagai aktiviti menarik dan lasak antaranya mencuba terjunan bungee dan meluncur salji.

Video yang dimuatnaik jelas menunjukkan Hrithik seorang bapa yang bertanggungjawab biarpun rumah tangga yang dibina menemui kegagalan.

Hrithik dan Sussanne mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2000 namun telah disahkan bercerai 14 tahun kemudian.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend