Cerita ArtisHiburan

Bella Astillah Kongsi Pengalaman Menyeramkan Nampak ‘Kelibat’ Ketika Jalani Penggambaran Sebuah Drama Hantu

Ternampak kelibat sehingga menaikkan bulu roma, itu antara pengalaman yang dikongsikan oleh pelakon dan penyanyi popular Bella Astillah ketika menjalani penggambaran sebuah drama hantu.

Bella berkata, situasi berkenaan dilaluinya ketika penggambaran salah satu episod dalam drama bersiri Malaysian Ghost Stories berjudul Balan Balan.

“Masa itu jurusolek bertugas memanggil saya untuk memerhatikan sesuatu di belakang chalet tempat penggambaran dilakukan. Masa itu, jurusolek itu tak mahu tengok. Sebaliknya menyuruh saya memerhatikan sudut berkenaan.

“Pada mulanya saya tidak nampak apa-apa pun, kemudia saya menggunakan telefon bimbit dan ‘zoom’ sehingga ternampak kelibat berwarna putih berdekatan tepi sungai yang dipenuhi pokok kelapa sawit. Cuma saya tak terlintas nak merakamkan momen itu.

“Ketika itu saya cuba kawal apa saja perasan yang menerjah kerana tak mahu mengganggu fokus kerja. Pada masa sama saya sempat bertanya ‘runner’ bertugas yang kerap lalu lalang di kawasan itu dan dia tidak pelik dengan apa yang diceritakan. Memang akan ada penampakan kelibat berkenaan. Cuma kita jangan ganggu ‘dia’ cukuplah,” katanya.

Balan Balan adalah sejenis hantu yang cukup dikenali di negeri Sabah dan biasanya ia lebih sinonim dengan panggilan hantu Penanggal.

Ujar isteri kepada Aliff Aziz itu, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.00 malam dan itu merupakan kali pertama dia melalui pengalaman sedemikian dan bersyukur kerana tidak panik atau lemah semangat selepas kejadian berkenaan.

“Mujur saya tak demam atau alami situasi tidak menyenangkan selepas insiden itu. Lagipun ketika itu ada kru serta jurusolek dan saya pun tidaklah sampai nak ‘stop’ penggambaran kerana perkara berkenaan. Saya juga sempat menghubungi ibu dan dia ada menyuruh saya membaca ayat kalimah suci dalam Al-Quran untuk menenangkan diri.

“Benda sebegitu kalau kita lalui, cara paling afdal ialah dengan tidak memikirkannya. Kalau dalam kepala otak kita terus memikirkannya, sedikit sebanyak akan menganggu emosi serta tumpuan. Malah saya terus ketepikan semua itu dan bercakap dengan pelakon serta pengarah,” katanya.

Bercerita lebih lanjut mengenai drama berkenaan, Bella yang berasal dari Sabah berkata, kisah atau mitos hantu Balan Balan itu sering dimomokkan sejak dulu lagi.

“Alhamdulillah, hingga saat ini saya tidak pernah melihatnya dengan mata sendiri. Cuma nenek dan pakcik pernah bercerita yang mereka pernah melihatnya. Kalau balik ke Sabah pun, saya dan ahli keluarga tak membiasakan menyebut atau memikirkan mengenainya.

Drama Malaysian Ghost Stories merupakan idea asal Syawal Azrai membabitkan tiga pengarah. Selain Eoon, Izuan Mokhtar dan Azhari Zain juga turut berada di posisi pengarah.

Ia akan mula bersiaran di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis bermula 25 Ogos lalu. Selain siri Balan Balan, episod lain turut memaparkan kisah hantu lain termasuk pontianak, langsuir, pelesit, hantu kum kum, hantu raya, pocong dan banyak lagi. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Bella Astillah

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button