Cerita ArtisHiburan

Bella Dally Dedah Dah Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Pelakon jelita Nabila Ali Dally, 28, atau lebih dikenali sebagai Bella Dally nampaknya kini sudah menukar status dirinya dan bergelar tunangan kepada seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Arif, lima hari lepas.

Berita gembira tersebut telah didedahkan serta dikongsi oleh Bella menerusi gambar pertunangannya yang di muat naik dalam Instagram miliknya, hari ini.

“Expect the unexpected and trust your journey. Accept whatever befalls you. (Jangka apa yang tidak boleh diduga serta percaya dengan perjalanan hidup kita. Terima segala apa yang sudah tertulis untuk kita.

“Assalammualaikum everyone, I got engaged on 12.01.2019. I would like to thank all of you for your prayers, love and support. It is true, Allah’s timing is perfect (Saya sudah bertunang pada 12.01.2019. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan sokongan kalian. Ia benar, Allah berikan pada masa yang tepat),” tulisnya di ruang kapsyen gambar berkenaan.

Menerusi gambar yang dikongsikan, Bella telah mengenakan busana bewarna kuning cair yang ringkas tetapi cukup mempersonakan semasa hari pertunangan tersebut yang diadakan secara tertutup di kediaman keluarganya di Kota Kinabalu, Sabah.

Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada tanggal 10 September 2016 namun pasangan tersebut telah mengejutkan semua orang dengan pengumuman penceraian mereka pada 1 Ramadhan tahun lalu (2 Mei 2018). -KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button