Cerita ArtisHiburan

Bella Dally Mula Berani Kongsi Gambar Tunang Di Instagram

Setelah menjadi tunangan orang, pelakon Bella Dally, 28, akhirnya mula berani berkongsi gambar pertama bersama tunangnya, Arif di laman Instagram.

Walaupun Bella baru sahaja mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu tetapi dia tidak pernah memuat naik gambar tunangnya itu di media sosial.

Sementara itu, pelakon kelahiran Sabah ini turut meletakkan kapsyen pada gambar tersebut “Yang tenang untuk badai saya. Bayi Libra yang menunjukkan mereka sedang menyambut ulang tahun kelahiran.”

Rata-rata rakan artis dan pengikut meninggalkan ruangan komen dengan menyokong dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016. Setelah tiga tahun bersama, akhirnya pasangan ini bercerai tanpa dikurniakan cahaya mata. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button