• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Bercuti Di Maldives, Nazim Othman Teruja Terserempak Shah Rukh Khan

Siapa sahaja yang tidak ‘starstruck’ jika terjumpa dengan selebriti kesukaan kan? Hal ini turut terjadi kepada pelakon Nazim Othman yang dilihat teruja dengan kehadiran bintang Bollywood, Shah Rukh Khan yang ditemuinya ketika sedang bercuti di Kepulauan Maldives.

Nazim menerusi perkongsian di laman Instagram berkongsikan sebuah video menunjukkan kelibat Shah Rukh bersama anak-anaknya yan mendarat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, Maldives.

“Terserempak Shah Rukh Khan dan keluarga bercuti kat sini juga,” tulis Nazim ringkas di ruang kapsyen video tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Terserempak Shah Rukh Khan & Family bercuti kat sini jugak. 😋

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Kebanyakan peminat Nazim turut melahirkan keterujaan mereka terhadap ‘pertemuan pendek’ Nazim dengan bintang Bollywoood itu yang disifatkan mereka sebagai satu peluang keemasan dapat bertentang mata dengan hero yang cukup popular dengang filem Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushi Kabhi Gham itu.

Rakan selebriti seperti Aprena Manrose dan Wany Hasrita turut melahirkan perasaan ‘cemburu’ mereka terhadap Nazim yang dikatakan bertuah dapat melihat Shah Rukh secara ‘live’ di depan mata. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend