HiburanSelebriti

Insta Famous Nursyafiq Naser Mahu Kembangkan Bakat Jadi Penyanyi

Bermula dengan video-video lucu yang sering dimuat naik di Instagram sehingga dikenali antara Insta Famous, siapa sangka Nur Syafiq Naser sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Bakal membuat persembahan dalam saingan Vokal Mania untuk minggu ke-3, Syafiq yang ditemui KopiPlanet.com baru-baru ini berkata sememangnya sudah lama dia menanam impian untuk bergelar seorang penyanyi.

“Dalam senarai cita-cita-cita saya dahulu, tak ada pula nak jadi penyanyi. Namun, saya lebih melihat kepada bakat menyanyi yang dimiliki.

“Dahulu saya pernah memasuki pertandingan nyanyian ketika darjah lima dan menjadi Juara. Kemudian, bakat saya terus dicungkil oleh seorang guru dan mulai saat itu saya mempunyai keyakinan bahawa saya boleh menyanyi,” ujarnya.

Menurut Syafiq, jika rezekinya dalam bidang nyanyian ini lebih luas, dia akan akan teruskan dengan sebaik-baiknya.

Mengenai penyertaan dalam Vokal Mania pula, Syafiq memberitahu bahawa mempunyai hobi menyanyi telah mendorongnya untuk menyertai rancangan tersebut.

“Hobi saya sebenarnya menyanyi dan apabila difikirkan kenapa saya tidak kembangkan sahaja hobi ini dengan menyertai program seperti Vokal Mania.

“Ini adalah kali pertama saya tampil dalam program nyanyian dan jika ada rezeki, saya akan pergi ke peringkat separuh akhir,” jelasnya.

Untuk saingan minggu ke-3 Vokal Mania, Syafiq akan mempersembahkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Studio A Production https://www.instagram.com/studioaproduction/?igshid=41wsxmsasfgg

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
3
+1
2
+1
2
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button