
Pengasas kosmetik Sendayu Tinggi, Bonda Rozita memaklumkan bahawa besannya telah mengalami kerugian hampir RM300,000.
Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, beliau memaklumkan kerugian berpunca daripada pembantu rumah besannya yang telah melarikan barang kemas dengan jumlah nilai berkenaan.
“Maid yg jadi perompak terhormat – disayangi ni balasannya – melarikan hampir rm300 ribu barang kemas besan saya – Bonda mohon bantuan pada semua followers sebar-sebarkan.
“@yatie_kmrzmn Yati sangat baik menjaga pembantu rumah, 3 tahun bekerja menjaga Mak mertua @yatie_kmrzmnnya tergamak betul mencuri,” tulisnya.
Pada masa sama, Bonda Rozita meminta kepada pengikutnya di Instagram agar memberikan sebarang info untuk pihaknya menjejak pembantu rumah berkenaan.
“Mohon maaf ya “ tak semua maid jahat – jangan burukan bangsa Indonesia, salah di sisi Islam – yang jahat ni ikut orang juga.
“Tak semua begitu ada ramai lagi yang baik, yang berdosa dia – kita jangan tambah dosa kepada orang lain yang x berdosa..!!” – KopiPlanet.com




