AntarabangsaKpop

BLACKPINK Diundang Tetamu 2 Program Bual Bicara Popular AS

Menurut rangkaian televisyen Amerika Syarikat (CBS) telah mendedahkan bahawa kumpulan Idol Kpop iaitu BLACKPINK akan tampil ke rancangan bual bicara terbitan negara itu pada Isnin minggu hadapan bersama Stephen Colbert.

Rancangan realiti televisyen berkenaan merupakan program bual bicara yang diadakan lewat malam dan dikenali sebagai “The Late Show With Stephen Colbert”.

BLACKPINK yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa merupakan ahli kumpulan Korea Selatan yang kedua tampil ke rancangan berkenaan selepas Girl Generation.

Terdahulu, dengan mempersembahkan lagu “The Boys” dalam versi bahasa Inggeris tujuh tahun lepas, kumpulan Girl Generation pernah tampil ke rancangan yang sama yang dikendalikan oleh pengacara David Letterman.

Selain itu, BLACKPINK juga telah disahkan bakal muncul pada rancangan pagi “Good Morning America” pada keesokan harinya. -KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button