FilemTerkini

Filem Animasi Boboiboy The Movie 2 Bakal Tayang Di 500 Buah Pawagam

Setelah mencatat kejayaan yang sangat memberangsangkan untuk filem pertama, Boboiboy The Movie 2 mencatat sejarah tersendiri apabila bakal ditayangkan di 500 buah pawagam di lima buah negara pada 8 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak berkata, pihaknya sangat gembira memandangkan ini kali pertama sebuah filem animasi tempatan akan tayang di lima buah negara menerusi 500 buah pawagam secara serentak.

“Pihak Animonsta Studios juga rasa teruja kerana ini adalah kali pertama dapat bekerjasama dengan Astro Shaw dan sudah lama kami ingin menjalinkan kerjasama bersama mereka.

“Kami berharap agar kerjasama ini dapat memberi impak yang positif kepada kedua-dua belah pihak, sekaligus mampu membawa filem ini ke peringat lebih tinggi serta setanding filem animasi antarabangsa,” ujarnya.

Filem animasi tersebut yang pernah meraih kutipan sebanyak RM18 juta sebelum ini akan ditayangkan di lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.

Untuk filem Boboiboy The Movie 2 pula, ia dihasilkan selama 12 bulan dengan membabitkan kos produksi keseluruhan sebanyak RM7 juta.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Arshad menyatakan faktor kerjasama tersebut dijalinkan memandangkan ia antara filem animasi yang sangat dinantikan pada tahun ini.

“Sudah tentu kami sangat berbesar hati apabila pihak Animonsta Studios memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak Astro Shaw untuk menjalankan kerja-kerja promosi dan pengedaran.

“Untuk filem ini, pihak kami akan merancang promosi secara agresif menerusi platform yang bersesuaian dan akan membuat siri jelajah di seluruh negara,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button