• FOLLOW US
Event, Hiburan

Brian McFadden Jadi Artis Pembuka Tirai Konsert Boyzone

Bekas ahli kumpulan Westlife, Brian McFadden telah diumumkan sebagai artis pembuka tirai konsert jelajah Thank You and Goodnight Farewell Tour kumpulan Boyzone yang akan diadakan pada 14 Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Brian memulakan kerjaya seninya dengan menyertai Westlife pada 1998 dan muncul dengan album studio pertama mereka berjudl Westlife, setahun kemudian.

Dia kemudiannya mengambil keputusan meninggalkan Westlife pada 2004 untuk memberikan fokus terhadap kerjaya solo dengan penerbitan lagu pertamanya, Real To Me menerusi album Irish Son.

Pada 2016, Brian dan ahli kumpulan Boyzone, Keith Duffy kemudiannya menubuhkan kumpulan Boyzlife dan mereka telah mengadakan konsert jelajah di seluruh dunia dengan menyanyikan lagu hits daripada kumpulan Westlife dan Boyzone.

Untuk konsert ini, Boyzone yang dianggotai Ronan Keating, Michael Graham, Shane Lynch dan Keith bakal menghiburkan peminat dengan lagu-lagu ‘berhantu’ mereka seperti No Matter What, Love Me For A Reason dan lagu solo Ronan, When You Say Nothing At All.

Konsert ini dibawakan Wowstar Creative Entertainment, penganjur sama yang mengadakan konsert Jason Mraz di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend