• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

BTS Makin Laku, Khalid Pula Luah Hasrat Nak Berduet

Populariti yang diraih kumpulan K-Pop BTS bukan calang-calang malah mereka telah menjadi fenomena di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat (AS).

Terbaharu penyanyi dan komposer kelahiran Georgia, AS, Khalid Donnel Robinson pula meluahkan hasratnya mahu berkolaborasi dengan kumpulan yang terkenal dengan lagu Idol itu.

Khalid menyatakan keinginannya itu menerusi temu bual program bual bicara, Good Morning Britain dengan berkata, “Kami masing-masing merupakan peminat di antara satu sama lain.

“Hanya kerana kami tidak bercakap dalam bahasa yang sama tidak bermakna kami tidak berkawan. Mereka sangat luar biasa dan mereka memang layak mendapat apa yang mereka kecapi sekarang.”

“Kami ada bercakap mengenai kerjasama untuk mengadakan kolaborasi bersama-sama. Saya yakin ia akan jadi suatu perkara mengagumkan, saya harap projek ini akan menjadi,” katanya.

Sebelum ini, BTS yang dianggotai tujuh ahli iaitu Jungkook, Suga, J-Hope, V, Jin, Jimin dan RM pernah berduet dengan Halsey menerusi lagu Boy With Luv. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend