• FOLLOW US
Gaya Hidup, Makan Time

Buffet Berbuka: Royale Chulan KL Tawar Pelbagai Juadah Nusantara

Kedatangan bulan Ramadan pastinya dinanti-nantikan setiap umat Islam di seluruh dunia kerana pelbagai ganjaran pahala boleh diraih dalam bulan penuh keberkatan ini.

Antara yang pastinya menjadi persoalan anda pada setiap hari di bulan ialah di mana antara lokasi untuk berbuka puasa sekiranya anda sekeluarga merancang untuk berbuka di luar.

Salah satu lokasi yang wajib anda tuju untuk buffet ramadhan pada tahun ini pastinya di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur yang mana menawarkan pelbagai sajian menarik yang pastinya menggamit memori menerusi Citarasa Nusantara olahan chef mereka.

 

Dengan harga berpatutan yang dikenakan, antara juadah istimewa yang disediakan seperti kambing golek, lontong Samudera, nasi briyani Hydramaut serta sajian ‘signature’ hotel ini iaitu bubur lambuk Royale, Shellout dan Bee Hoon Sup Utara Mari.

Citarasa Nusantara juga turut menawarkan pelbagai menu pembuka selera antara seperti apam balik, cucur goreng, rojak buah, pecal, Som Tam Yala dan dim sum.

Buat yang menggemari lemang, ketupat dan rendang, usah gusar anda boleh dapatkannya juga di sini. Belum raya tapi rasa macam dah raya!

Bagi melengkapkan lagi pengalaman berbuka anda di sini, manisan juga disediakan seperti pelbagai kuih-muih tradisional, donut, air batu campur (ABC) dan cendol durian.

Buffet yang berlangsung dari 7 Mei hingga 4 Jun ini berharga RM150 (dewasa), RM100 (warga emas) dan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun (RM75). Bagi yang menempah dari 7 Mei hingga 11 Mei (dari 2 hingga 6 Ramadan) anda akan mendapat harga istimewa iaitu RM100 (dewasa), warga emas (RM75) dan RM50 (kanak-kanak).

Untuk menempah, anda boleh hubungi talian 03-26889639. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend