Cerita ArtisHiburan

Cabar Diri… Dolla Sertai Pertandingan Tarian Anjuran Blackpink

Sejak melancarkan single pertama mereka Dolla Make You Wanna pada Mac lalu, kumpulan wanita baharu iaitu Dolla berjaya mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dengan konsep lagu, penampilan, nyanyian dan tarian mereka.

Menariknya, video rasmi Dolla Make You Wanna yang dimuatnaik di laman YouTube Universal Music Malaysia sejak 19 Mac lalu, sudah mencapai lebih 1 juta tontonan dan ia merupakan suatu pencapaian yang sangat memberangsangkan dan boleh dibanggakan untuk bakat baharu seperti mereka.

Malah, video berkenaan turut menjadi tumpuan YouTuber dari dalam dan luar negara. Ada yang mula membuat video ‘dance cover’ mengikut gerak tari Dolla dalam video muzik tersebut dan ada yang membuat video ulasan dengan maklum balas positif berkenaan bakat tarian mereka yang dipuji sebagai mempesonakan.

Demi mencabar diri dan menonjolkan lagi bakat mereka, Dolla menerusi Instagram rasmi mereka iaitu @dolla.official mengumumkan bahawa mereka menyertai pertandingan ‘How You Like That Dance Cover Contest’ yang dianjurkan oleh kumpulan Kpop wanita terkenal antarabangsa, Blackpink.

Mengulas tentang penyertaan mereka ini, Sabronzo mewakili pihak Dolla berkata, penyertaan mereka adalah sebagai usaha untuk mencuri perhatian peminat dalam dan luar negara.

“Kami berharap video penyertaan kami menari mengikut koreografi lagu terbaharu Blackpink ini akan berjaya mencuri perhatian peminat muzik di Malaysia dan di luar negara.

“Sekiranya video ini dapat pergi jauh dan dinikmati oleh ramai orang pun sudah memadai. Semoga peminat muzik di Malaysia sudi menyokong usaha kami ini dengan menonton dan berkongsi video ini dengan rakan-rakan mereka,” jelasnya.

>Baca: Gaya Rambut Won Bin Dikritik Seperti Baru Lepas Bangun Tidur

Pertandingan yang dijangka akan disertai oleh peminat kumpulan K-Pop tersebut dari serata dunia ini, menawarkan hadiah utama sejumlah KRW 10 juta bersamaan dengan RM 35,000.00.

Ia hanya memerlukan peserta merakam video tarian mereka mengikut koreografi penuh seperti yang dipaparkan dalam video muzik terbaharu Blackpink iaitu How You Like That.

Pertandingan ini akan berlangsung daripada 6 hingga 20 Julai 2020 dan pemenang akan diumumkan pada 28 Julai 2020. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button