AntarabangsaKpop

Gaya Rambut Won Bin Dikritik Seperti Baru Lepas Bangun Tidur

Aktor terkenal Won Bin sememangnya antara artis yang sering menjadi perhatian gadis lantaran wajah kacak yang dimilikinya.

Bagaimanapun, suami kepada pelakon Lee Na Young itu menjadi perbualan peminat gara-gara penampilannya dalam sebuah iklan.

Kelihatan tampil dengan gaya yang cukup memukau, namun gaya rambutnya dalam iklan tersebut mendapat pelbagai reaksi apabola kelihatan tidak terurus seperti baru lepas bangun tidur.

“Apakah dia baru baru bangun tidur dan terus datang ke lokasi penggambaran? Aku tidak menyedarinya sehinggalah melihat ramai yang memperkatakannya,” ungkap seorang netizen.

Namun begitu, masih ada segelintir yang beranggapan bahawa Won Bin tetap seorang lelaki yang kacak, meskipun dengan gaya rambut sedemikian.

“Dengan gaya rambut begitu dia tetap kelihatan menawan. Malah, dengan rambut itu Won Bin adalah Won Bin dan aku tidak melihat sebarang kecacatan dalam penampilannya,” ujar peminat yang lain.

Pelakon berkenaan mula dikenali sejak membintangi drama Autumn In My Heart bersama Song Hye Kyo dan Song Seung Heon.

>Baca: Meerqeen Nafi Pernah Memiliki Akaun Aplikasi Dating Gay

Kali terakhir dia berlakon adalah menerusi drama The Man From Nowhere” dan setakat ini dia masih belum memiliki projek lakonan.

Sehinggakan tersebar khabar angin bahawa Won Bin memutuskan bersara dari dunia lakonan, tetapi ia langsung dibantah oleh pihak agensi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button