Cerita ArtisHiburan

Meerqeen Nafi Pernah Memiliki Akaun Aplikasi Dating Gay

Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 19, menafikan dakwaan ‘nakal’ yang mengatakan dia pernah memiliki akaun di aplikasi dating kaum sejenis (gay).

Menurut anak jati Ampang, Selangor ini dia tidak pernah mendaftar mana-mana akaun di aplikasi dating dan menegaskan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Untuk maklumat semua, saya tak pernah memiliki akaun dalam mana-mana ‘dating app’, tak kira untuk pertemuan antara lelaki dan perempuan, mahupun homoseksual, saya memang tak pernah ada akaun sebegitu.

“Saya ada pendapat tersendiri, jika saya memiliki akaun sebegitu, saya rasa diri saya murah, saya bukanlah orang seperti yang didakwa itu, jika akaun itu dilihat oleh mana-mana pihak, mungkin ada pengguna yang hanya menggunakan gambar saya,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Meerqen berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Finale Hero Remaja 2020 yang berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam semalam.

>Baca: Zizan Razak Hanya Anggap Hawa Rizwana Seperti Seorang Adik

Dalam pada itu, dia mengharapkan dengan penjelasannya itu selepas ini tiada lagi timbul isu mana-mana pihak tampil membuat tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.

“Saya harap, selepas ini tiada lagi pihak yang membuat spekulasi ataupun tuduhan yang tidak benar mengenai diri saya. Walau bagaimanapun, saya tak terkejut kerana tuduhan sebegini juga berlaku terhadap finalis-finalis lain, ia mungkin satu tindakan sabotaj daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Apa yang penting bagi saya, ahli keluarga, rakan-rakan dan pihak produksi tahu mengenai diri saya yang sebenar, jadi tuduhan sebegitu haruslah dihentikan,” katanya lagi.

Menerusi pentas akhir Hero Remaja 2020 yang berlangsung Khamis lalu, Meerqeen selaku pemenang tempat ketiga berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, trofi beserta selempang.

Juara Hero Remaja 2020 dimenangi Nadhir Nasar, 24, manakala tempat kedua disandang Umar Hisham, 22, yang berasal dari Johor.

Tempat keempat dan kelima, masing-masing menjadi milik Jabir dan Haziq. Pertandingan akhir itu diadili Datuk Hans Isaac, Scha Alyahya dan Yusry Abdul Halim.

Pentas akhir itu dihoskan oleh pasangan pengacara, Ain Edruce dan Awal Ashaari. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
4
+1
2
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button