• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Cantik! Song Hye Kyo Hiasi Cover Vogue Korea

Wajah aktres popular Korea Selatan, Song Hye Kyo dioles cantik bagi menghiasi muka hadapan majalah fesyen antarabangsa Vogue edisi Korea.

Bakal pengantin itu digayakan dengan persalinan putih dengan gaya messy hair look.

Terdapat tiga aksi berlainan dijadikan sebagai sampul hadapan majalah tersebut yang merupakan keluaran untuk bulan November 2017.

Sesi penggambaran tersebut dilakukan di San Francisco ketika Song dan kekasihnya, Song Joong Ki bercuti ke sana baru-baru ini.

Pasangan Song bakal bernikah pada 31 Oktober ini di Seoul. Mereka berkenalan pada 2015 ketika sama-sama menjayakan drama bersiri Descendents of the Sun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend