• FOLLOW US

Tidak Amalkan Jarak Sosial, Isteri Idris Elba Turut Dijangkiti Covid-19

Minggu lalu, aktor Idris Elba mendedahkan dirinya positif terkena jangkitan Coronavirus (Covid-19) selepas menghadiri satu majlis keraian yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Kanada, Sophie Trudeau yang turut disahkan positif Covid-19.

Terbaharu, isterinya, Sabrina Elba juga telah dilaporkan sah positif Covid -19 selepas mengambil keputusan untuk tidak mengamalkan jarak sosial dengan suaminya selepas aktor itu mengasingkan dirinya untuk dikuarantin.

Bercerita kepada pengacara Oprah Winfrey menerusi program Oprah Talks, Sabrina yang merupakan seorang pelakon dan model berkata, “Sebenarnya saya baharu tahu pagi ini (semalam) yang saya disahkan positif Covid-19.”

“Saya tidak terkejut bila dapat tahu yang saya positif sebab sebaik mengetahui Idris dijangkiti saya terus mahu berada di samping dia. Saya rasa itu adalah naluri setiap isteri yang mahu bersama dan menjaga suami yang berada dalam keadaan tidak sihat.

“Saya langsung tidak menjauhkan diri daripada Idris dengan duduk di bilik lain seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang. Saya ambil keputusan untuk bersama dengan dia dan masih lagi menyentuhnya,” ujarnya.

Sama seperti Idris, Sabrina juga tidak menunjukkan simptom yang lazim dikaitkan dengan pesakit Covid-19 seperti batuk kering, selesema, demam dan keletihan. – KopiPlanet.com

Banyak Acara Batal, Vanessa Hudgens Dikecam Selepas Perlekeh Bahaya Covid-19

Pelakon Vanessa Hudgens menerima kecaman hebat daripada warga net selepas memuat naik sebuah video seakan mempelekehkan bahaya jangkitan virus yang kini melanda seluruh dunia, Coronavirus (Covid-19).

Vanessa dalam video itu berkata, manusia tetap akan mati dan tidak faham kenapa semua acara atau majlis hiburan yang telah dirancang sebelum ini terpaksa dibatalkan gara-gara Covid-19.

Menyedari kesilapannya, pelakon yang cukup dikenali menerusi filem High School Musical itu kemudian memohon maaf di atas kekhilafannya.

“Saya mohon maaf di atas video sebelum ini, saya tidak berniat memperlekehkan isu Covid-19, malah saya pun turut mengambil langkah kuarantin diri seperti yang dituntut.

“Semoga kita semua selamat dan sentiasa duduk di rumah sepanjang tempoh sukar ini,” katanya. – KopiPlanet.com

Idris Elba Disahkan Positif Covid-19, Pesan Peminat Amalkan Social Distancing

Selepas Tom Hanks, aktor Idris Elba pula kini disahkan menghidap Coronavirus (Covid-19). Pelakon berketurunan British berusia 47 tahun itu membuat pendedahan tersebut menerusi laman Twitter miliknya, pagi tadi.

“Saya tidak mempunyai sebarang simptom dan pergi menjalani pemeriksaan selepas saya mengesyaki terdedah dengan beberapa individu yang positif Covid-19.

“Saya dapat tahu mereka terkena jangkitan itu pada Jumaat lalu dan sejak itu saya mula kuarantin diri sendiri dan terus menjalani pemeriksaan dan hasil keputusan mengatakan saya positif Covid-19.

“Perkara ini adalah sesuatu yang serius dan ini adalah masa untuk kita semua kurangkan aktiviti luar dan kerap mencuci tangan,” katanya.

Selain Tom dan Idris, selebriti popular lain yang dilaporkan terkena jangkitan virus Covid-19 ialah isteri Tom, aktres Rita Wilson dan pelakon kelahiran Ukraine, Olga Kurylenko. – KopiPlanet.com

Tom Hanks Kekal Positif Jalani Rawatan Pemulihan Covid-19

Pelakon Hollywood, Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson tetap kekal positif walaupun disahkan positif Coronavirus (Covid-19) minggu lalu.

Terbaharu, dia berkongsikan perkembangannya dan isteri yang kini masih lagi dalam tempoh pengasingan dan kuarantin di Australia.

Dalam satu muat naik terbaharu di laman Instagramnya, aktor berusia 64 tahun itu menulis, “Terima kasih kepada pembantu kami. Mari bersama-sama menjaga diri sendiri dan insan di sekeliling kita. Hanx.”

Pelakon filem Forrest Gump itu dan isterinya terkena jangkitan virus tersebut ketika menjalani penggambaran filem biopik kisah hidup penyanyi lagenda, Elvis Presley di negara Kangaru itu, minggu lalu.

Selain Tom dan Rita, antara orang kenamaan lain yang positif Covid-19 ialah isteri Perdana Menteri Kanada, Sophie Gregoire dan isteri Perdana Menteri Sepanyol, Maria Fernandez. – KopiPlanet.com

Tom Hanks Dan Isteri Disahkan Positif Hidap Virus Covid-19

Pelakon Tom Hanks dan isteri, aktres Rita Wilson yang kini sedang menjalani penggambaran filem biopik Elvis Presley di Australia telah disahkan menghidap penyakit Coronavirus (Covid-19).

Menurut aktor yang terkenal menerusi filem Saving Private Ryan itu, dia dan isteri mendapatkan rawatan doktor selepas demam dan mengalami keletihan melampau serta sakit sendi badan. Menerusi ujian yang dibuat, kedua-duanya telah disahkan positif menghidap virus tersebut.

Tom berkata dia dan isteri akan mengikut segala nasihat dan protokol bagi merawat penyakit tersebut selain kesemua ahli keluarganya akan turut menjalani ujian pengesanan Covid-19 untuk langkah keselamatan.

Aktor gred A berusia 64 tahun itu juga berkata dia dan isteri akan mengambil langkah tempoh kuarantin selama yang diperlukan demi keselamatan dan kesihatan pihak umum. – KopiPlanet.com

 

Lepas Pecah Rahsia Mengandung, Katy Perry Idam Anak Perempuan

Selepas mendedahkan kepada umum mengenai kehamilan sulungnya pada minggu lalu, penyanyi Katy Perry mengatakan dia mengidam untuk menimang cahaya mata perempuan.

Perkara itu diumumkannya ketika menjayakan persembahan pada perlawanan akhir Piala Dunia Kriket Wanita yang berlangsung di Melbourne, Australia, semalam.

Ketika menyanyikan lagu Wide Awake, Katy berhenti sebentar sebelum menjerit kepada penonton, “I hope it’s a girl!” (saya mengharapkan anak perempuan!).

Katy minggu lalu mengumumkan dia sedang hamil anak sulung menerusi muzik video lagu (MV) terbaharunya, Never Worn White. Dalam MV tersebut, Katy memegang bahagian perut sambil menunjukkan ‘baby bump’.

Penyanyi lagu Fireworks itu bertunang dengan aktor Orlando Bloom pada Februari tahun lalu. Ini merupakan cahaya mata pertama Katy manakala yang kedua buat Orlando yang turut mempunyai seorang anak lelaki, Flynn, 9, hasil perkahwinan dengan bekas isteri, supermodel, Miranda Kerr. – KopiPlanet.com

Tidak Profesional, Adam Levine Mohon Maaf Kepada Peminat Di Chile

Vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine menerima kecaman hebat daripada peminat di Chile disebabkan sikapnya yang kurang profesional ketika menjayakan sebuah persembahan di sana baru-baru ini.

Adam dikatakan bersikap dingin sepanjang konsert itu berlangsung sehingga membuatkan ramai peminatnya bersuara dan mengkritik mutu persembahannya yang teruk.

Menyedari perkara tersebut, suami kepada supermodel Behati Prinsloo itu memuat naik ucapan permohonan maaf terhadap peminat yang terkesan di atas perbuatannya itu menerusi laman Instagramnya.

“Saya akui persembahan pada malam itu kami tidak memberikan yang terbaik dan saya benar-benar mohon maaf pada anda semua.

“Saya juga ada menghadapi hari yang kurang baik dan ia adalah sangat sukar untuk saya tanganinya. Disebabkan saya tidak boleh mengawal emosi dan perasaan, saya telah mengecewakan anda semua dan sekali lagi saya mohon maaf,” katanya. – KopiPlanet.com

Johnny Depp Saman Tabloid Tuduh Dirinya Kaki Dera Isteri

Pelakon Johnny Depp menyaman tabloid British, The Sun di atas penyiaran artikel pada 2018 menuduhnya sebagai seorang kaki pukul isteri.

Johnny menyaman syarikat penerbitan akhbar tersebut, News Group Newspapers dan editor eksekutifnya, Dan Wootton di atas penerbitan serta penulisan artikel itu yang ditulis oleh Dan sendiri.

Johnny hadir ke Mahkamah Tinggi London pada Rabu lalu bagi pra-pendengaran kes itu sebelum ia disebut semula pada 23 Mac ini yang dijangka akan dibicarakan selama dua minggu.

Aktor francais filem Pirates of the Caribbean itu dan bekas isterinya, Amber Heard saling membuat pertuduhan terhadap satu sama lain di atas kecederaan fizikal yang dialami kedua-duanya sepanjang masih berhubungan. Amber pada mulanya membuat dakwaan terhadap bekas suaminya pada 2016 yang kemudian dinafikan oleh Johnny. – KopiPlanet.com

Beyonce, Kim Kardashian Hadiri Memorial Kenang Kobe Bryant

Beyonce, Jennifer Lopez dan Kim Kardashian dilihat antara selebriti yang hadir memberikan penghormatan dalam majlis memorial mendiang bintang bola keranjang dunia, Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna yang terkorban dalam nahas helikopter pada 26 Januari lalu.

Pada majlis itu, isteri Kobe, Vanessa mengenang kembali kenangan manisnya bersama kedua-dua mendiang sehingga membuatkan semua tetamu mengalirkan air mata di lokasi memorial di Staples Center, Los Angeles, baru-baru ini.

Antara selebriti lain yang turut hadir ialah Queen Latifah, Jay-Z, Snopp Dogg, LL Cool J dan Paula Abdul.

Beyonce, Christina Aquilera dan Alicia Keys turut mendedikasikan lagu pada majlis tersebut bagi mengenang jasa mendiang Kobe yang banyak memberikan sumbangan dalam pembangunan sukan itu di negara Uncle Sam.

Menceritakan lebih lanjut mengenai anak perempuannya, Vanessa berkata, “Gianna seorang anak yang baik, sentiasa berikan ciuman selamat pagi dan malam kepada saya.

“Gianna adalah anak kesayangan bapanya tapi saya tahu dia sangat menyayangi saya. Dia adalah salah seorang daripada kawan baik saya.

“Senyumannya seperti mentari yang menerangi saya. Kobe sentiasa cakap yang Gianna adalah saya sebab dia mempunyai personaliti sama seperti sama. Saya rindu wajah cantik Gianna,” ujarnya sekali gus mengundang sebak tetamu yang hadir.

Kobe dan Gianna serta tujuh yang lain terkorban dalam nahas helikopter di Calabasas, California sewaktu ingin menghadiri perlawanan bola keranjang. Nahas itu dipercayai berlaku akibat keadaan cuaca yang tidak baik. – KopiPlanet.com

Anak Steven Spielberg Luah Hasrat Mahu Berlakon Porno

Anak perempuan pengarah Steven Spielberg iaitu Mikaela Spielberg dilaporkan ingin menceburkan diri dalam bidang lakonan porno yang menjadi impiannya selama ini.

Memetik New York Post, Mikaela, 23, dikatakan sudah menyuarakan hasratnya itu kepada kedua ibu bapanya yang dikatakan menyokong tindakannya itu.

“Perkara ini adalah suatu yang positif bila pilihan saya tidak dipertikaikan. Saya rasa tidak perlu berasa malu untuk meneruskan minat dalam industri porno,” katanya.

Mikaela merupakan anak angkat kepada Steven dan isteri, Kate Capshaw yang membelanya sejak bayi.

Sejak membuat pengumuman itu, Mikaela yang mempunyai sebanyak 7,500 pengikut di laman Instagram telah menetapkan set privasi terhadap akaun media sosialnya itu. – KopiPlanet.com