AntarabangsaHollywood

Joaquin Phoenix Beri Nama Anak River, Penghormatan Kepada Mendiang Abang

Pelakon Joaquin Phoenix, 46, dan tunangnya, Rooney Mara selamat menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama River sebagai penghormatan kepada abang aktor itu yang meninggal dunia pada 1993.

Kelahiran bayi sulung pasangan itu disahkan oleh pengarah Rusia, Victor Kossakovsky yang ditemui pihak media ketika menghadiri Festival Filem Zurich 2020 baru-baru ini. Joaquin sebelum ini pernah bekerjasama dengan Victor menerusi dokumentari Gunda.

“Joaquin baharu sahaja menimang cahaya mata. Nama anak lelaki dia ialah River,” dedah Victor kepada media.

Pelakon filem Joker itu berkenalan dengan Rooney, 35, ketika digandingkan bersama menerusi filem Her pada 2013. Mereka kemudiannya mengumumkan sedang bercinta ketika hadir bersama pada Festival Filem Cannes 2017.

Pasangan itu kemudiannya mengikat pertunangan dua tahun lalu dengan aktor itu menghadiahkan Rooney sebentuk cincin berlian mewah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button