AntarabangsaHollywood

Ryan Dorsey Bengang Tabloid Tuduh Ada Hubungan Dengan Adik Naya Rivera

Bekas suami aktres Naya Rivera, Ryan Dorsey tampil mempertahankan dirinya selepas difitnah oleh beberapa tabloid yang mendakwa dia kini menjalinkan hubungan dengan adik Naya iaitu model, Nickayla Rivera.

Spekulasi itu tercetus selepas Nickayla dikatakan sudah berpindah masuk ke rumah Ryan bagi membantu menjaga anak saudaranya, Josey yang kini berusia lima tahun.

Josey merupakan anak tunggal Ryan bersama Naya yang berkahwin pada 2014 namun pasangan itu berpisah empat tahun kemudiannya.

“Ia sangat menyedihkan bila kita dibesarkan dengan generasi yang berpendapat menyebarkan kebencian atau fitnah itu adalah sesuatu yang normal dan okey. Lebih-lebih lagi, andaian yang dikeluarkan mereka itu berkenaan tentang seseorang atau sesebuah keluarga yang baharu sahaja berdepan dengan kehilangan yang tragik. Saya harap anda semua tidak lalui apa yang saya lalui sekarang ini,” katanya menerusi muat naik sebuah video di laman Instagramnya.

Menurut Ryan lagi, tindakan bekas adik iparnya itu berpindah ke kediamannya adalah atas permintaan anaknya sendiri yang mahukan belaian kasih sayang seorang ibu.

“Josey bertanya kepada saya adakah Titi (Nickayla) boleh tinggal bersama kami sebab ibu saudaranya itu adalah individu yang paling terdekat dengannya boleh bertindak sebagai seorang ibu segera kepadanya.

“Saya sangat menghargai pengorbanan dilakukan Nickayla yang sanggup membantu membesarkan Josey demi kebaikan anak saya sendiri,” luahnya.

Naya, 33, bintang siri Glee lemas di Tasik Piru, California selepas menyewa sebuah bot untuk beriadah bersama anaknya pada 8 Julai lalu. Mayatnya kemudian ditemui terapung di pesisiran tasik tersebut seminggu kemudian. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button