FesyenGaya Hidup

Ceburi Bidang Perniagaan, Nabila Razali Lancar Koleksi Nabaela Scarf

Setelah dilihat semakin menyerlah dalam bidang nyanyian dan lakonan, Nabila Razali kini melebarkan sayap menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan koleksi tudung Nabaela Scarf.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 27, menyatakan idea untuk mengeluarkan koleksi tudung jenama sendiri dibuat selepas menerima banyak permintaan daripada peminat yang mahu mengikuti gaya tudung yang dipakainya.

“Ini adalah masa terbaik saya untuk menceburi bidang perniagaan dan tudung adalah perniagaan yang paling sesuai dengan diri saya.

“Sejujurnya saya seorang yang cerewet tentang kualiti tudung dan agak sukar mencari tudung untuk memenuhi apa yang saya mahukan. Selain itu, ramai peminat yang bertanya tudung apa yang saya pakai setiap hari,” ujarnya.

Buat permulaan ini, jenama Nabaela Scarf akan menampilkan dua koleksi iaitu Bawal Bae dan Cumi-Cumi Shawl untuk keluaran pertama.

Lebih menarik, harga yang ditawarkan berpatutan dengan kualiti yang sangat memuaskan pembeli serta ia juga mudah dibentuk dan terletak kemas apabila dipakai dengan pelbagai gaya.

“Saya pastikan tudung ini mengikut citarasa saya iaitu jahitan yang kemas dan mudah dibentuk. Kami menggunakan material daripada Heavy Chiffon bagi shawl, manakala, bawal menggunakan material Cotton Voile,” ujarnya.

Koleksi tudung Nabaela Scarf juga didatangkan dengan pilihan warna pastel yang sesuai dengan citarasa pelbagai lapisan umur.

Nabaela Scarf boleh didapati dengan harga mampu milik bermula Rm49.90 secara online di laman sosial Instagram @nabaelascarf atau hubungi talian whatsapp 012-6512866. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button