Cerita ArtisHiburan

‘Ceduk’ Lagu Popular Barat, Aizat Amdan Positif Dengan Lagu Ku Mau

Setelah muncul dengan single duet bersama Bunga berjudul Dup Dup, kini penyanyi Aizat Amdan tampil dengan single duet terbaharu bertajuk Ku Mau bersama penyanyi Indonesia, Hanin Dhiya.

Positif sekiranya peminat membandingkan lagu ciptaan terbaharunya itu kedengaran sama dengan beberapa lagu antarabangsa lain, Aizat berkata dia berpegang pada prinsip ‘muzik adalah universal’ dalam karya-karya hasil tangannya.

“Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya ada peminat yang beranggapan sedemikian. Muzik itu sendiri universal, Alhamdulillah ia diterima baik oleh pendengar berdasarkan respons sebelum ini.

“Saya anggap positif sahaja mengenai dakwaan itu kerana ia adalah secara kebetulan sahaja,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran single Ku Mau yang berlangsung di pejabat Warner Music Malaysia, Neo Damansara semalam.

Ku Mau merupakan hasil ciptaan Aizat bersama abangnya, Anas Amdan serta Melanie Wehbe dan Elias Naslin.

Aizat bagaimanapun tidak menafikan ketika membikin Ku Mau, dia ada terbayang-bayangkan vibe lagu duet popular Senorita nyanyian Shawn Mendes dan Camila Cabello serta I.F.L.Y (Bazzi) dalam karya terbaharunya itu.

“Masa buat Ku Mau saya ada bayangkan vibe-vibe lagu Senorita dan I.F.L.Y, saya nak ia kedengaran santai seperti lagu-lagu tersebut, kalau ada yang kedengaran sama, ia mungkin secara kebetulan sahaja,” ujarnya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai pasangan duetnya Hanin Dhiya, Aizat berkata mereka berkenalan ketika sama-sama menghadiri kem ciptaan lagu di Stokholm, Sweden hujung tahun lalu.

Menerusi perkenalan itu, mereka mencipta keserasian dan akhirnya tampil dengan single Ku Mau yang diharap dapat menggembangkan lagi karier nyanyian Aizat di negara seberang.

Ku Mau yang diterbitkan Kasi Gegar Entertainment dan diedarkan Warner Music Malaysia kini sudah boleh mula didapati di semua aplikasi penstriman muzik seperti Joox, Spotify, iTunes dan KKBox. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button