AntarabangsaHollywood

Channing Tatum & Jessie J Umum Sudah Berpisah Setelah Setahun Bercinta

Channing Tatum dan Jessie J dilaporkan sudah berpisah selepas setahun menyulam cinta.

Memetik US Weekly, walaupun sudah tidak bergelar pasangan kekasih, namun kedua-duanya mengambil pendekatan akan terus kekal berkawan.

Menurut sumber terdekat dengan pasangan itu, mereka putus cinta bulan lalu namun tidak didedahkan punca perpisahan tersebut.

Hubungan istimewa di antara Channing dan penyanyi lagu Flashlight itu mula dihidu pihak media sejak Oktober tahun lalu.

Channing bercinta dengan Jessie selepas dia dan bekas isteri, Jenna Dewan mengumumkan perpisahan pada awal tahun 2018 selepas sembilan tahun perkahwinan mereka.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Everly yang kini berusia enam tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button