
Dua jenama pakaian paling viral, Choii dan Bulan Bintang buat kali pertama bergabung dengan menghasilkan koleksi jersi dan baju Melayu yang diberi nama ‘Choii x Bulan Bintang’ sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini.
Apa yang menariknya, menerusi gabungan tersebut juga akan diadakan siri jelajah yang diberi nama Festival Raya 2024 Choii x Bulan Bintang di dua buah lokasi terpilih di Malaysia.
Pengarah Urusan Choii, Fariz Asri berkata, dia amat teruja untuk mengeluarkan produk terbaharu hasil kolabrasi bersama Bulan Bintang.
“Sudah tentu kolabrasi ini membuatkan saya sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Bulan Bintang. Lagipun semua tahu Bulan Bintang adalah jenama pakaian baju Melayu yang cukup terkenal.
“Diharapkan agar kerjasama ini menaikkan semangat saya dan ingin terus lakukan yang terbaik untuk jenama Choii. Saya juga berharap gabungan ini dapat diterima baik oleh semua pengguna jersi Choii,” ujarnya.
Fariz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Choii x Bulan Bintang’ dan iftar yang diadakan di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi dan wakil penganjur festival, Specta Event.
Menurutnya, lokasi festival tersebut adalah di Perkarangan Parkir A Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur (21-24 Mac 2024) dan di Raia Hotel & Convention Center, Alor Setar Kedah (28-31 Mac 2024).
Menariknya, para pengunjung secara eksklusif boleh mendapatkan koleksi baju ‘Choii x Bulan Bintang’ hanya di lokasi jelajah raya ini sahaja dengan tawaran harga yang menarik iaitu pembelian empat item kombo dengan harga RM289.00.
Selain itu, Festival Raya 2024 Choii x Bulan Bintang ini juga akan menampilkan barisan selebriti dan pempengaruh popular seperti Ella, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Faris Asri, Erma Fartimah, Shuib, Achey, Cat Farish, Shikin Maembong, Fauzi Nawawi, Yasin Yahya, Lisdawati, Aizat Saha dan ramai lagi.
Festival Ini juga akan di hoskan oleh pengacara versatil, Kelly Azman. Untuk sebarang informasi dan maklumat lanjut, anda boleh layari media sosial rasmi Choii dan Bulan Bintang. – KopiPlanet.com