AntarabangsaHollywood

Cinta Justin Bieber-Selena Gomez Kembali Bertaut?

Kisah percintaan di antara Selena Gomez dan Justin Bieber sudah pun lama berakhir.

Namun baru-baru ini timbul khabar angin mendakwa cinta di antara kedua-dua bintang ini kembali bertaut.

Sebuah tabloid melaporkan mereka kembali bercinta sebaik Selena selesai menjalani pembedahan buah pinggang, baru-baru ini.

Hal itu tercetus selepas Justin dikatakan menghubungi ibu Selena bagi mengetahui perkembangan bekas kekasihnya itu sebaik dia menjalani pembedahan.

Dalam laporan tabloid tersebut juga menyebut, Justin ada memohon maaf kepada ibu Selena, Mandy Teefey di atas perbuatan buruknya melayan Selena sepanjang mereka berpacaran.

Walau bagaimanapun laporan tabloid tersebut difahamkan adalah sengaja direka bagi mencipta sensasi terbaharu mengenai pasangan yang pernah mendapat jolokan Jelena ini.

Selena masih lagi bersama dengan The Weeknd atau nama sebenarnya, Abel Tesfaye. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button