• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Cipta Sejarah… Parasite Dinobat Filem Terbaik Anugerah Academy Ke-92

Filem dari Korea Selatan, Parasite telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik untuk Anugerah Academy Ke-92 yang baru sahaja berlangsung hari ini.

Parasite berhasil mengalahkan beberapa filem lain yang menjadi pilihan iaitu Ford v Ferrari, The Irishman, Jojo Rabbit, Joker, Little Women, Marriage Story, 1917 dan Once Upon A Time In Hollywood.

Dengan kemenangan tersebut, ia mencipta sejarah tersendiri apabila Parasite muncul sebagai filem pertama dari Asia yang memenangi Oscar untuk kategeri Filem Terbaik.

Selain dinobatkan sebagai Filem Terbaik, pengarah filem tersebut iaitu Bong Joon-ho turut meraih anugerah Pengarah Terbaik.

Selain menggondol kedua-dua anugerah utama berkenaan, filem berkenaan turut meraih dua lagi anugerah iaitu Filem Asing Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Sementara itu, saingan terdekat filem Parasite iaitu Joker pula berjaya meraih kemenangan menerusi pelakon utamanya iaitu Joaquin Phoenix untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan Brad Pitt muncul pemenang menerusi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi filem Once Open A Time In Hollywood.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik pula, ia menjadi milik Renée Zellweger untuk filem Judy, manakala kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pula diraih Laura Dern menerusi lakonannya dalam filem Marriage Story. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend