
Jenama fesyen terkenal dunia, Coach baka mempersembahkan pengalaman istimewa dengan menganjurkan konsert maya bersama Dej Jam SEA, sekaligus merupakan konsert maya pertama yang bakal diadakan di rantau Asia Tenggara.
Istimewanya, ia menampilkan barısan artis-artis hebat empat buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia.
Acara konsert bakal berlangsung pada hari Khamis, 24 Jun jam 9:00 malam (GMT+8 Malaysia & Singapura) dan pada jam 8:00 malam (GMT+7 Thailand & Indonesia) yang akan berlangsung secara serentak di keempat-empat negera berkenaan.
Pengalaman konsert maya Coach x Def Jam SEA adalah bertujuan untuk merapatkan masyarakat dengan pendekatan moden namun berunsur nostalgia terhadap muzik yang diinspirasikan daripada era 80-an, sealiran dengan komitmennya dalam memperkenalkan artis baharu dan pada masa akan datang.
Menampilkan tiga belas artis daripada empat negara dari serata Asia Tenggara, acara maya secara langsung tersebut bakal dihangatkan dengan penampilan oleh penyanyi rap terkenal Malaysia, Joe Flizzow, artis hip-hop Inggeris-Tamil, Yung Raja, penyanyi rap Amerika-Thai, DABOYWAY, dan penyanyi rap dari Indonesia, Rayi Putra.
Barisan artis itu juga melibatkan penulis serta penyanyi rap yang pernah merangkul pelbagai anugerah seperti SonaOne yang merupakan penerbit dan penulis, penyanyi rap sedang meningkat naik, Yonnyboii, dan penyanyi rap wanita, SYA.
Kesemua artis yang terbabit bakal memperagakan koleksi Musim Luruh 2021 Coach ketika konsert tersebut berlangsung.
Diilhamkan oleh Pengarah Kreatif Coach iaitu Stuart Vevers dengan visi free-spirited Coach, koleksi Musim Luruh ini menggabungkan hasil seni berzaman jenama tersebut dengan pakaian sukan Amerika, memperkenalkan gabungan klasik-moden dengan pakaian sukan ala vintaj yang sangat menarik. – KopiPlanet.com







