• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Daesung Dikatakan Tahu Adanya Kegiatan Pelacuran Di Bangunan Miliknya

Sejak kebelakangan ini nama salah seorang ahli kumpulan Big Bang, Daesung hangat diperkatakan, terutamanya yang membabitkan isu pelacuran.

Sebelum ini, ada pihak yang telah menjalankan aktiviti pelacuran di bangunan yang disewa daripada penyanyi berkenaan yang menjadi pemilik sebuah bangunan lima tingkat di Gangnam.

Apabila pekara tersebut semakin diperkatakan ramai pihak, lantas Daesung mengakui langsung tidak tahu-menahu tentang aktiviti haram itu.

Bagaimanapun, ada pula satu sumber lain yang mendakwa bahawa sebenarnya penyanyi itu sememangnya sudah mengetahui bahawa bangunannya itu akan digunakan sebagai pusat pelacuran.

Ujar sumber itu lagi, dia ada bersama-sama Daesung di pejabat firma guaman ketika mahu membeli bangunan tersebut pada tahun 2017 dan sudah tahu tentang adanya aktiviti pelacuran di situ.

“Daesung ada bertanya sama ada bolehkah dia menghalau keluar penyewa yang melakukan kegiatan haram, tetapi peguam menyatakan pemilik bangunan tidak boleh meminta penyewa keluar secara sepihak.

“Dia tahu bahawa berlakunya aktiviti haram tersebut, namun dia masih membelinya. Firma guaman mengatakan kepadanya jika dia membeli bangunan itu sambil kegiatan pelacuran masih berlaku, dia boleh didakwa,” ujarnya.

Biarpun sudah diberi peringatan tentang isu berkenaan, Daesung tetap membuat keputusan untuk membeli bangunan berkenaan dua bulan kemudian. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend