EventHiburan

Da’i Adam Dinobat Sebagai Juara Program Da’i Musim Ke-6

Peserta Muhammad Adam Muhibullah Abdullah atau Da’I Adam telah muncul sebagai pemenang dalam program Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-6.

Dalam program yang bersiaran langsung malam tadi, dia berjaya menewaskan dua lagi peserta iaitu Imran Mohd. Zaki (Da’i Imran) yang muncul naib juara dan Haziq Safwan Norzaman (Da’i) Haziq yang mendapat tempat ketiga.

Untuk saingan akhir, Da’i Adam yang membawakan dua topik untuk ceramah iaitu Bangkit Anak Muda dan Motivasi – Saya Muallaf telah berjaya memikat hati juri.

Juri tetap untuk program tersebut terdiri daripada Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Profesor Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail.

Markah daripada juri tetap merangkumi 80 peratus, manakala 20 peratus lagi adalah markah daripada murabbi yang telah memantau persembahan setiap peserta iaitu Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin dan Ustaz Harryanto Rizal Rokman di bawah selian Mursyid, Datuk Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh.

Sebagai juara, Da’i Adam yang juga pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Dakwah & Pengurusan Sumber Insan dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM60,000, dua tiket umrah dan trofi.

Da’i Imran yang muncul sebagai naib juara pula meraih hadiah wang tunai RM15,000 serta tiket umrah untuk seorang dan trofi, dan Da’i Haziq pula mendapat RM10,000 dan trofi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button