Cerita ArtisHiburanUncategorized

Dapat Gelaran ‘Richard Gere Malaysia’, Arash Mohd Akui Berasa Agak Malu

Pelakon senior, Arash Mohd menyatakan dirinya berasa agak malu dengan gelaran ‘Richard Gere Malaysia’ yang diberikan kepadanya.

Arash berkata, dia sendiri tidak menyangka bahawa gelaran tersebut diberikan oleh peminat setelah melihat lakonannya yang memegang watak Razman dalam drama bersiri Scammer.

“Kalau diikutkan agak malu juga dengan gelaran sedemikian, terutama untuk disamakan seperti pelakon Hollywood tersebut. Sedangkan pencapaian saya ini masih terlalu jauh berbanding dengannya.

“Apa pun saya akui yang ini merupakan gelaran yang paling tinggi peminat beri kepada saya sepanjang 30 tahun dalam industri lakonan,” ujarnya.

Arash berkata demikian ketika sesi bersama media secara virtual bersama pelakon Scammer hari ini. 

Tidak terlalu bangga dengan gelaran tersebut, Arash berkata ketika ini masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya.

Ujarnya, dia juga berterima kasih atas gelaran yang diberikan dan menghargai setiap sokongan yang diberikan peminat.

“Mungkin ada yang melihat karater Razman ini seakan-akan sama seperti mana-mana lakonan Richard Gere dan itu yang menyebabkan mereka beri gelaran itu.

“Yang lebih penting sekarang ini banyak lagi yang perlu dipelajari untuk perbaiki lagi mutu lakonan saya,” jelasnya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai watak Razman dalam drama Scammer, Arash mengakui terdapat beberapa cabaran yang dilalui.

“Ketika penggambaran pun ada juga berlaku percanggahan dengan pengarah, misalnya dia nak saya buat cara A dan saya pula nak cara B.

“Namun begitu, dia nak juga saya buat cara A dan saya akur, tetapi apabila melihat hasilnya memang sangat baik,” jelasnya.

Selain Arash, drama berkenaan turut dibintangi Kamal Adli, Siti Saleha, Fasha Sandha, Hasnul Rahmat dan Jay Iswazir.

Drama Scammer telah disiarkan di saluran Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 malam. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button