• FOLLOW US
Gaya Hidup

Dari Pemilik Bengkel, Kini Ustaz Imran Buka Kedai Bubble Bee

Perkenalan antara Ustaz Muhammad Imran Zulkafli dengan Shuib Sepahtu bermula apabila pelawak berkenaan membuat ubahsuai motosikal Ysuku di bengkel miliknya yang terletak di Puchong.

Malah, motosikal Ysuku milik Shuib pernah menjadi viral sebelum ini dan Imran merupakan individu yang bertanggungjawab melakukan ubahsuai tersebut.

Setelah menjalin hubungan yang lebih akrab, kini Imran melangkah setapak lagi apabila membuka francais kedai minuman dan dessert yang dimiliki oleh Shuib iaitu Bubble Bee Malaysia.

Menurut pemuda yang dikenali sebagai Ustaz Imran itu, antara sebab utama kerana melihat potensi besar yang ada pada perniagaan berkenaan.

“Apabila Shuib memberitahu dia ingin membuka perniagaan Bubble Bee ini, saya antara yang teruja untuk menyertainya.

“Kemudian apabila sudah dibuka di Shah Alam, saya melihat cara pendekatan yang dilakukan oleh Shuib untuk menarik pelanggan telah memberi lebih keyakinan kepada saya,” jelasnya.

Menurut Ustaz Imran, melihat kepada sambutan terhadap Bubble Bee yang sudah dibuka sebelum ini, dia percaya Bubble Bee ini mampu menjadi fenomena kepada rakyat Malaysia.

Ujarnya, untuk pemilihan kedai di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, dia percaya ia merupakan lokasi yang sememangnya menjadi tumpuan ramai.

> Baca: Pernah Tutup Kedai Sebulan, Shuib Sepahtu Tetap Jaga Kebajikan Pekerja

“Untuk perniagaan ini, saya kagum dengan modul bisnes yang diketengahkan oleh Shuib. Selain itu, saya percaya dengan pelan pemasaran dan strategi promosi untuk Bubble Bee ini.

“Setelah membuka cawangan di Bangi, mungkin saya bercadang untuk membuka di beberapa lokasi lain dan ia masih lagi dalam perbincangan,” jelasnya.

Biarpun kini mempunyai dua perniagaan, Ustaz Imran memberitahu ia tidak menjadi satu masalah untuk dia membahagikan masa antara bengkel motor dan perniagaan baharunya itu.

“Dari segi masa, saya akan sesekali pergi ke kedai untuk memantau penjualan harian. Jadi, komitmen saya akan lebih kepada bengkel motor,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend