• FOLLOW US
Viral

David Beckham Muat Naik Gambar Dengan TMJ

Bekas pemain bola sepak terkenal dunia dan selebriti popular, David Beckham hari ini telah memuat naik sekeping gambar pertemuannya dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ di laman sosial Instagram miliknya.

Dalam kapsyen gambar berkenaan, Beckham yang juga suami kepada penyanyi Spice Girls, Victoria Beckham menyatakan dirinya bertemu dengan TMJ dan sempat makan malam bersama-sama.

Pada masa yang sama, Beckham turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor DT yang telah menjadi juara Liga Super Malaysia buat empat tahun berturut-turut.

TMJ menyerahkan sepasang jersi JDT yang tertera nama Beckham dan nombor tujuh kepada bintang bola sepak dunia itu.

Dalam pada itu, menerusi laman sosial Instagram @officialjohor pula, terdapat sekeping gambar TMJ menyerahkan sepasang jersi pasukan Johor DT bernombor tujuh yang tertera nama bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu.

Ketika ini, Beckham berada di Malaysia dan kehadirannya di negara ini bersempena dengan program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival yang berlangsung hari ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend