AntarabangsaBollywood

Deepika Padukone Disiasat Kes Jadi Admin Kumpulan What’s App Penyalahgunaan Dadah

Setelah pelakon Rhea Chakraborty ditahan atas kes penyalahgunaan dadah baru-baru ini, ia turut menyeret beberapa nama artis besar Hollywood yang lain.

Salah seorang yang terkait adalah pelakon Deepika Padukone yang disebut-sebut sebagai admin kepada sebuah kumpulan What’s App yang berkait dengan penyalahgunaan barang terlarang.

Kemudian, Agensi Narkotik India telah memanggil pelakon berkenaan dan dia dilihat hadir ke pejabat agensi berkenaan di Mumbai pada Sabtu lalu.

Tidak datang sendirian, Deepika sebaliknya turut ditemani pengurusnya, Karishma Prakash dan setelah disoal siasat selama lima jam, dia akhirnya dibenarkan pulang.

Deepika Padukone dilihat hadir ke pejabat Agensi Narkotik India di Mumbai pada Sabtu lalu berhubung kes menjadi admin kepada sebuah kumpulan What’s App berkaitan penyalahgunaan dadah membabitkan selebriti Bollywood.

Sebelum ini, nama Deepika dikaitkan dengan kes berkenaan adalah berdasarkan kenyataan daripada Jaya Saha. Dia menyatakan bahawa Deepika adalah admin kumpulan What’s App yang disyaki sebagai kumpulan pengguna dadah dalam kalangan artis Bollywood.

> Baca: Setelah Dua Bulan Bertunang, Hubungan Demi Lovato & Max Ehrich Kini Berakhir

Ketika disoal siasat, Jaya memberitahu Deepika adalah admin dan pencipta kumpulan What’s App tersebut dan dia pula bertindak sebagai salah seorang admin.

Bagaimanapun, sehingga kini agensi berkenaan masih belum lagi membuat sebarang kenyataan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button